Hanya berpandukan maklumat yang diperolehi di laman sosial, seseorang berisiko besar menjadi mangsa jenayah. Orang yang tidak bertanggungjawab dengan licik menggunakan lokasi yang diberi untuk menculik atau merompak. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu terbuka berkongsi maklumat peribadi di laman sosial.
Seperti perkongsian lelaki ini, anaknya hampir menjadi mangsa jenayah apabila seorang individu tidak dikenali datang ke sekolah untuk menjemput anak. Nasib baiklah guru bertindak cepat dengan menghalang individu tersebut.
Ada yang datang jemput
Tu sebab aku tak share sangat pasal anak anak aku dalam wall aku. Baik pergi sekolah atau memana ke..
Semalam je terjadi satu peristiwa dimana ketika wife aku nak jemput balik anak aku sorang ni. Tetiba entah mana sorang tu pakai smart nak jemput anak aku. Dengan hanya terbalikkan nama nya. Rasanya “try n error” kot. Kebetulan wife aku di belakang dia turut terdengar nama anak aku.
Namun nasib baik cikgunya mengenali wife aku, yelakan. Sekolah baru mana cikgu nak ingat semua muka mak ayah tapi sebab abang dia pernah belajar situ jadi muka kami ni memang tak asing bagi mereka. Cikgunya menahan dan berkata awak bukan ibu bapanya. Fuhhh disitu kita nampak tanggungjawab guru sangat berat bukan hanya semasa waktu kelas, tetapi juga selepas kelas.
Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini memberitahu ketika kejadian isteri ke sekolah untuk menjemput anak. Isteri yang kebetulan berada di belakang individu tersebut ada terdengar nama anak dipanggil. Nasib baiklah guru dengan segera menghalang dan menegaskan dia bukanlah ibu bapa kanak-kanak disitu.
Alasan tersalah sekolah
(Sekadar gambar hiasan)
Orang tu siap cakap apa tau? “Owhh tersalah sekolah dan berlalu pergi”. Mana mungkin banyak banyak sekolah ko boleh tersalah dengan sebut nama murid boleh dikatakan 90% betul. Cumanya terbalik je.
Perkara ini turut diberitahu kepada guru besar sekolahnya untuk tindakan lanjut. Guru besar sangat terkejut dan memandang serius perkara ini. Aku juga berharap agar mak ayah sentiasa alert dengan perkara ini.
Elak berkongsi nama anak, nama sekolah di media sosial. Macam-macam boleh terjadi. Mungkin bukan kerana budak, tapi mungkin kerana perasaan lain terhadap mak ayah ke boleh jadi.
Cemas taktik tidak berjaya, individu tidak dikenali itu memberi alasan tersalah sekolah dan berlalu pergi. Katanya lagi, perkara ini telah dimaklumkan kepada guru besar sekolah dan mereka sangat memandang serius perkara sebegini. Dia turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu berkongsi maklumat peribadi di laman sosial.
Sumber : Ihsan Zainal