Sebelum ini, rata-rata peminat setia penyanyi nombor 1 negara, Dato Siti Nurhaliza mengesyaki beliau hamil disebabkan badannya yang kelihatan agak ‘berisi’. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang respon daripada tuan badan mengenai isu kehamilan tersebut walaupon cuba dikorek oleh media.
Artikel Berkaitan: Nampak Lebih ‘Berisi’, Macam Ada ‘Baby Bump’, Peminat Syak Siti Nurhaliza Hamil
Terbaru, bekas isteri Datuk Seri Khalid, Datin Tengku Zawyah Tengku Izham sempat memuat naik satu foto keluarga ketika menyambut ulang tahun kelahiran menantunya. Gambar tersebut sekali lagi, mencetuskan tanda tanya peminat adakah Siti Aafiyah bakal mempunyai seorang adik.
Nampak macam ‘baby bump’
Menerusi gambar tersebut, Tok Ti kelihatan agak ‘berisi’ dan dan seakan-akan mempunyai baby bump. Rata-rata peminat menerusi ruangan komen, mengatakan gambar tersebut jelas kelihatan tubuh badan Tok Ti sedang berbadan dua. Tambahan pula, terdapat komen yang mengucapkan tahniah kepada Tok Ti atas kehamilan anak keduanya.
Komen biadap
Namun, terdapat satu komen yang agak ‘biadap’ dan menarik perhatian netizen. Komen tersebut seolah-olah menyuruh Tok Ti menggunakan kaedah hamil seperti biasa. Komen tersebut juga mencadangkan agar Tok Ti tidak menggunakan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti mana yang dilakukan kepada Siti Aafiyah.
Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli Tok Ti dan Datuk K dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada tahun 2018 hasil persenyawaan in-vitro (IVF). Di samping itu, menurut sumber, Tok Ti pernah mengaku bahawa beliau akan kembali menjalani rawatan IVF bagi memperoleh zuriat keduanya.
Tidak berakhir di situ, ada juga komen yang mengatakan seolah-olah Tok Ti bertindak menyembunyikan kehamilannya disebabkan anak yang dihamilnya merupakan anak ‘tak sah taraf’. Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet mengecam tindakan mereka yang komen sedemikian rupa.
Tambahan pula, komen tersebut dianggap ‘biadap’ dan tidak menjaga sensitiviti orang lain.
Sumber: Dato Siti Nurhaliza, Teezac & Facebook