berita

‘Tu Gambar Ke Kereta Betul?’– Netizen Pelik Kereta Parking Atas Bangunan Kecil

November 29th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Di TikTok, seorang lelaki berkongsi satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) berada di atas sebuah bangunan kecil telah mengundang tanda tanya orang ramai.

Artikel Berkaitan: Video Wanita Tercampak Keluar Dari Myvi Bergerak Cetus Tanda Tanya – Ke Dia Sengaja Terjun?

Artikel Berkaitan: Kereta Yang Dipandu Terbabas Terbalik, Tunku Abu Bakar Terselamat Dalam Kemalangan Di GT Australia

Parking lot penuh?

Perkongsian yang dimuat naik dengan kapyen ‘Parking lot dah penuh ke ni?’ itu telah mencuri perhatian wargamaya yang sebahagian besarnya turut tertanya-tanya mengenai hal itu. Lelaki dikenali sebagai Klchin96 itu merakam kejadian terbabit kerana terpegun melihat situasi pelik ketika melalui itu.

Walau bagaimanapun, difahamkan, kenderaan yang diletakkan di atas pintu masuk sebuah kilang itu sebenarnya hanya sebagai simbolik bagi tujuan pameran sahaja.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen bingung dan tertanya-tanya bagaimanakah kenderaan itu diletakkan di atas sana. Malah, ada juga yang bertanya adakah kenderaan tersebut nyata atau gambar yang diedit.

Video

@klchin96

Parking lot dah penuh ke ni? … … … … … … … #Kereta #Malaysia #Nissan #Xtrail #SUV #FYP #ForYou #ForYouPage #Viral #ehehehhh #Hairan #Naik #Tangga #MalaysiaBoleh #Funny #macammana

? bunyi asal – Mhd Aizzat – Shira Kun

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×