Tiada angin tiada ribut, seorang wanita secara tiba-tiba ‘tercampak’ daripada sebuah kereta Perodua jenis Myvi dan video kejadian itu berjaya dirakam menerusi dash cam (rakaman kamera perakam video). Video tersebut bagaimanapun, telah viral di media sosial dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Konon Gangster Sepak Kereta Orang, Sekali Kena ‘Bantai’
Artikel Berkaitan: Myvi Remuk Teruk Kena ‘Hentam’ Dengan Treler, Pemandu Selamat
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Myvi ‘Terbang’ Lintas Longkang Besar, Patutlah Orang Panggil King
Video kejadian
Menerusi video tersebut memaparkan kereta Myvi berwarna hitam yang secara tiba-tiba memberikan double signal (lampu kecemasan) sebelum seorang wanita tercampak keluar daripada pintu penumpang hadapan kenderaan tersebut. Susulan daripada itu, Perodua Myvi tersebut dilihat berhenti di tengah jalan dan mujurlah wanita tersebut tidak dilanggar oleh mana-mana kereta yang lalu di situ.
Owner Myvi ini ****** b*d*h sangat ke, pakai hazard light lempar bini ke awek keluar dari kereta.
Walaupun perempuan yang buka pintu terjun sendiri, tapi ingat woman is always right.
Menerusi satu video yang lain, dapat dilihat wanita tersebut yang bertindak meninggalkan kereta tersebut. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semalam petang, di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Namun, tiada info lanjut berhubung kejadian ini.
Respon warganet
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut memberikan respon berhubung video tersebut dan ada yang mendakwa wanita itu sebenarnya sedang bergaduh dengan pasangannya sebelum bertindak sedemikian rupa.
Tidak berakhir di situ, netizen juga berpendapat wanita itu bukannya ditolak oleh pemandu Myvi itu tetapi dia sendiri yang bertindak untuk lompat keluar.
Sumber: Ka Cheng Saw via Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?