berita

‘Tu Saya Nampak Abang Punya Sejadah Tu…’

January 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dilahirkan dalam keluarga yang senang merupakan nikmat Allah yang sering dilupakan oleh sesetengah manusia. Apabila diberi dugaan sedikit, kita sering mengeluh tanpa memikirkan nasib orang lain. Sebagai manusia, kita seharusnya belajar bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini.

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini buat kami sebak. Bayangkan nasib insan yang menetap di bawah jambatan ini. Meskipun berat sungguh ujian yang dihadapi, dia tetap bersyukur dan berterima kasih kepada Ustaz Ebit kerana sudi memberi nasihat serta duit belanja buat dirinya. Sedihnya!

Abang dah makan?

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/videos/1261667857554178/?epa=SEARCH_BOX

Ya Allah sebaknya. Rasa nak menangis. Pagi-pagi semalam saya turun bawah beberapa jambatan. Ada satu tempat ini tinggi. Saya nampak ada orang tidur dekat tepi tu dari bawah. Saya pusing dari bahagian lain dan turun disitu. Berdebar rasa. Terkejut tengok tidur dekat situ. Walau sikit rasa berdebar tapi rasa kasihan. Terus saya bertegur sapa dengan anak muda ini. Kenapa tidur sini. Takde kerja ustaz. Tangan dia patah. Jatuh dari tempat tinggi ini. Saya beri dia sedikit duit belanja dan sarapan pagi.

Katanya Ustaz, macam tahu je apa saya rasa. Kata-kata ustaz sampai ke hati saya, ustaz macam tahu je. Saya rindu semua nasihat begini. Tak sangka ustaz sanggup meniarap macam tikus dekat bawah ni. Sedih rasa tengok adik ni tidur dekat sini. Ya Allah ampunkanlah dosaku ini, sedang saya tidur lena ada orang tinggal bawah jambatan begini. Ujian hidup manusia berbeza-bezakan.

Menerusi video berdurasi 3:38 saat, Ustaz Ebit kelihatan menegur seorang lelaki yang berada di bawah jambatan. Ustaz Ebit memulakan perbicaraan mereka dengan bertanya adakah lelaki itu sudahpun makan atau belum? Pada masa yang sama, Ustaz Ebit turut menyoal mengenai tangan lelaki tersebut yang dibalut dan mempunyai luka.

Dia dengar nasihat saya

Jika biasa je ujian pasti takdelah sampai tidur sini. Rasa sebak dan nak menangis. Dulu saya takde tempat tidur.Pernah tidur di masjid. Walau kadang tepi longkang masjid sebab masjid ada tak boleh iktikaf waktu malam. Syukur. Tapi tak pernah tidur ditepi tebing begini. Baik betul adik ini dengar nasihat saya. Allahuakbar. Perkataan terima kaseh banyak kali diucapkannya. Sedih rasa. Semoga Allah rahmati dan permudahkan hidup beliau. Pohon doa nak bantu lebih ramai orang yang hidup susah.

Menurut lelaki tersebut, dia tidak mempunyai kedua ibu bapa dan tangannya cedera ketika hendak membuat khemah di bawah jambatan tersebut. Sedih dengan jawapan yang diberikan, Ustaz Ebit memberi duit belanja buat lelaki itu. Dikesempatan yang ada, Ustaz Ebit turut sempat berdakwah dan meminta lelaki tersebut menjaga solatnya walaupun Allah sedang menduga dan memberikan ujian buatnya. Tambahnya, Allah akan sayang manusia yang sentiasa memujinya tidak kira di mana mereka berada.

Sumber: Ustaz Ebit Lew

SKIP THIS AD ×