Bersempena dengan pelancaran koleksi tudung terbaru Hanis Zalikha, Diana Danielle turut hadir sebagai tanda sokongan kepada sahabat karibnya itu. Turut kelihatan bersama adalah si kecil molek Aurora yang sungguh comel.
Di Instagram, Diana memuat naik beberapa keping gambar sekitar majlis pelancaran tersebut. Apa yang menarik perhatian netizen adalah gaya scarf yang dikenakan Diana.
Sekitar majlis pelancaran
Menganggap imej yang dikenakan tidak bersesuaian, netizen mengkritik gaya tudung yang dipakai Diana Danielle sehingga menampakkan bahagian dadanya. Menurut mereka, seeloknya Diana memakai ‘tudung’ dengan cara yang lebih betul iaitu menutup sepenuhnya rambut dan bahagian lain.
Pakai la tudung betul-betul
Tu bukan tudung tapi scarf
Namun, ada juga yang mempertahankan memberitahu Diana bukan memakai tudung sebaliknya scarf. Scarf mengikut gaya orang dulu-dulu sememangnya dipakai sebegitu.
Sumber : Diana Danielle