Bayangkan jika satu hari anda ternampak ular apa yang anda lakukan? Satu sahaja jawapan kami boleh fikirkan, mesti anda akan lari lintang pukang bukan? Ular yang jinak pun sesetengah orang tidak sanggup untuk pegang dan belai kerana semua sedia maklum bahawa ular merupakan antara haiwan berbahaya.
Terbaru, menerusi video di Instagram Hairul Azreen, dia memuat naik video bersama anaknya Yusuf Iskandar bermain dengan ular. Nak tahu apa Yusuf buat kat ular tu? Jom lihat video ini.
Selamber je tolak kepala ular tu.. Beraninya Yusuf!
Ramai terkejut dengan respon Yusuf Iskandar ini apabila dia tanpa perasaan takut menolak kepala ular tersebut. Kalau kita yang dah besar ni nampak haiwan bahaya seperti itu mesti dah lari tak cukup tanah. Walaubagaimanapun, anda di luar sana jangan risau sebab ular yang Yusuf tolak itu merupakan ular jinak.
Jom baca respon orang ramai selepas lihat video diatas ni;
Sumber: Instagram Hairul Azreen