Bukit Bintang City Centre (BBCC) kini lebih menarik dengan kehadiran TUAH 1895 dan The Labs @ Bukit Bintang City Centre, sebuah destinasi terbaharu untuk gaya hidup, makanan dan hiburan di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Projek pembangunan ini merupakan hasil kerjasama di antara Eco World Development Group Berhad, UDA Holdings Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ianya adalah pembangunan transformasi moden yang menekankan kehidupan dan elemen gastronomi bertaraf antarabangsa.
Jom kita tengok apa yang menarik di sini!
TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre: Pusat makanan & lifestyle terkini di KL
TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre, terletak strategik di Jalan Hang Tuah, menawarkan pengalaman yang luar biasa. Dengan keluasan 45,000* kaki persegi, di sinilah chef ternama dari Asia’s 50 Best Restaurants bergabung dengan jenama tempatan untuk menyajikan pelbagai hidangan yang memikat hati.
Kalau korang nak makan-makan, korang boleh cuba hidangan dari Ministry of Crab (halal), restoran seafood terkenal dari Sri Lanka, Pak Tok Signature (Pork-free) yang terkenal dengan masakan Nyonya & makanan citarasa tempatan, atau pun Ting Shan restoran (non-halal) yang terkenal dengan hidangan Chuan Yue – (non-halal) cuisine. Korang juga boleh nikmati citarasa lokal di Hock Kee Kopitiam (Halal) atau Chef Kecik (halal).
Bukan itu je, kalau nak chill chill, korang boleh pergi lepak di Crafty’s Bar & Lounge (non-halal) sambil layan pemandangan KL. Di sini juga, ada satu-satunya pusat kecergasan yang pertama di KL yang menawarkan gim peribadi dan ruang studio untuk disewa. Nak tahu? Ini lah dia – MORPH by Kamileon.
Lokasi ini turut menampilkan air pancut yang indah, tempat letak kereta bawah tanah dan keindahan suasanayang sesuai untuk pelbagai acara dari makan tengah hari bersama rakan sekerja hinggalah waktu santai bersama keluarga.
Kalau nak hiburan yang kreatif, The Labs @ Bukit Bintang City Centre tempatnya!
The Labs @ Bukit Bintang City Centre pula sesuai untuk korang yang suka aktiviti kreatif dan hiburan interaktif— ada pawagam canggih seperti GSC Cinema, ruang moden dan elegan sempurna untuk sebarang acara seperti Andaman Grand Ballroom, galeri seni media multidimensi di Immersify Kuala Lumpur dan lain-lain lagi seperti Padi House, Food Empire, LSL Family, dan sebagainya.
Memang perfect kalau nak cari inspirasi atau sekadar chill dengan kawan-kawan atau keluarga.
Tunggu apa lagi? Jom serbu Tuah 1895 & The Labs @ Bukit Bintang City Centre!
Kalau nak experience gaya hidup urban yang lain daripada yang lain, TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre adalah tempat yang wajib untuk korang explore!
Tetap berhubung dengan TUAH 1895 & The Labs @ Bukit Bintang City Centre:-
TUAH 1895 @ Bukit Bintang City Centre
- Website: https://tuah1895.my/
- Facebook: https://www.facebook.com/tuah1895
- Instagram: https://www.instagram.com/tuah1895/
The Labs @ Bukit Bintang City Centre