berita

Tuan Badan Muncul Jelaskan Perkara Sebenar, Minta Henti Komen ‘Tak Boleh Lawan Nisa Ai’ – ‘Kenapa Macam Tak Ada Common Sense?’

November 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nisa Ai

Sejak akhir-akhir ini, dapat kita lihat raungan komen di media sosial terutama sekali di TikTok dipenuhi dengan komen ‘Tak boleh lawan Nisa Ai’.

Tentunya komen tersebut menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai siapakah gerangan Nisa yang sering diperkatakan oleh segelintir wargamaya yang lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersentuh Tengok Warga Emas Gigih Kerja Dengan Jalan Bongkok, Isteri Alieff Irfan Hadiahkan Kereta

Tuan punya badan jelaskan perkara sebenar

@nesslow_Harap korang semua faham ????? Crolatte – Sped Up – Yunan Helmi

Terbaharu, individu yang dipercayai tuan punya badan tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video tersebut, Nisa menjelaskan bahawa dirinya merupakan salah seorang talent bagi YouTuber terkenal iaitu Alieff Irfan.

Segalanya bermula ketika wanita berkenaan melakukan trend di TikTok dengan berlatar belakangkan lagu Thailand. Dalam masa yang sama terdapat individu lain yang cuba melakukan trend tersebut namun menerima sindiran dari peminat Nisa yang meninggalkan komen, ‘Tak boleh lawan Nisa Ai’.

Kebanyakkan yang komen itu datangnya dari kalangan peminat saya. Bahkan terdapat seorang lagi individu yang melakukan trend tersebut juga menerima komen sedemikian.

Saya nak tegaskan di sini bukan saya yang suruh mereka komen begitu, saya bukan jenis macam tu.

Dan itulah titik permulannya orang mula menggunakan komen tersebut di ruangan komen media sosial.

Sungguh pun begitu, Nisa mengakui dirinya sedikit kurang senang dengan tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen tersebut di video yang serius seperti ceramah dan sebagainya.

Menurut Nisa, tindakan yang kurang sensitif dilakukan orang lain telah menyebabkan nama baiknya yang ditempanya di dalam dunia pempengaruh menjadi buruk.

Yang pelik sekarang ni kenapa korang komen dekat video-video sensitif, macam korang ni tak ada common sense.

Bahkan video orang meninggal, ceramah ustaz pun ada yang komen macam tu. Kenapa korang tak ada common sense komen macam tu sampaikan nama orang lain menjadi buruk.

Sebelum ni saya pernah tegur di semua platform tapi mungkin orang tak notice perkara itu.

Mohon maaf, harap komen dihentikan

Di akhir videonya, Nisa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua di atas kejadian tersebut yang bukan sahaja memburukkan nama baiknya tetapi turut memberikan kesan negatif kepada pihak produksi Alieff Irfan.

Di sini saya nak buat permohonan maaf kepada semua di atas isu ini dan saya juga berharap peniaga di luar sana tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan isu ini sebagai marketing murahan bagi produk korang.

Saya perasan ada tegur saya mengenai isu ini tapi tangan pegang produklah apalah. Jadi, jangan ambil kesempatan.

Sekali lagi saya nak nasihatkan tolong berhenti tinggalkan komen tersebut sebab ini bukan boleh memburukkan nama saya sahaja, ia juga boleh memburukkan nama seluruh produksi Alieff Irfan.

Saya minta tolong sangat-sangat hentikan sekarang.

Terdahulu, komen ‘Tak boleh lawan Nisa Ai’ dilihat terus-menerus dipenuhi di ruangan komen video yang dimuat naik di media sosial khususnya TikTok.

Perbuatan tersebut bagaimanapun menimbulkan reaksi yang kurang senang dalam kalangan netizen lain yang beranggapan mereka seakan tidak sensitif dengan isu semasa.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×