Proses renovasi sebuah rumah di Jawa Tengah, Indonesia membongkar misteri kehilangan seorang wanita susulan penemuan rangka manusia di bawah lantai bilik di kediaman terbabit.
Mayat bawah lantai bilik
Memetik laporan Kompas, rangka manusia tersebut dipercayai milik seorang wanita yang dikenali sebagai Fitri. Difahamkan, rumah terbabit pada asalnya merupakan rumah suami Fitri iaitu SH dan selepas berkahwin, mereka menetap di situ. Namun sejak dua bulan lalu, SH telah menjual rumah tersebut kepada abang iparnya, Sugeng Riyadi.
Selepas menetap di rumah terbabit, Sugeng bercadang untuk membuat renovasi dan ketika itu mereka menemui tengkorak dan tulang manusia yang tertimbus di bawah lantai salah sebuah bilik.
Susulan daripada penemuan tersebut, salah seorang penduduk kampung mengeysaki rangka terbabit milik Fitri yang dikatakan sudah lama ‘menghilangkan diri’ selepas rumah tangganya bersama SH dilanda badai dek orang ketiga.
Hasil pemeriksaan mendapati, polis percaya bahawa rangka manusia tersebut ditaham lebih setahun yang lalu. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.
Sumber: Kompas