Di Bangkok Thailand, seorang pemilik kediaman berang apabila rumahnya dimasuki seorang penceroboh wanita. Lebih teruk, penceroboh itu menanggalkan semua pakaiannya sambil menonton televisyen.
Artikel Berkaitan: Agresif Ketika Ditahan, Bekas Pemain Liga Super Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah?
Artikel Berkaitan: Cuba Pecah Masuk Rumah Orang, Pasangan Kekasih Bagi Alasan Takut Dikejar Hantu
Pakai tuala sambil tonton televisyen
Menerusi laporan Thaiger, seorang wanita berusia 47 tahun bernama Romla Saiwaree dilihat memasuki kediamannya bersama seorang lelaki. Pada waktu itu juga, mereka menemui penceroboh wanita tersebut yang hanya memakai tuala sedang terbaring di atas sofa panjang sambil menonton televisyen.
Apabila melihat mereka, penceroboh berkenaan hanya kembali menonton televisyen. Hal itu, menyebabkan Romla terpaksa meminta pertolongan jiran-jiran untuk menghalau penceroboh itu. Tambahnya, pakaian penceroboh tersebut berada di atas lantai.
Bercerita lebih lanjut, Romla berjaya mengusirnya wanita itu keluar. Romla turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Hasil siasatan, polis menyatakan bahawa penceroboh bukannya penduduk setempat malah mempunyai masalah sakit mental.
Sumber: Thaiger