Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur dan terharu atas ucapan tahniah daripada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena kejayaannya dinobat sebagai Biduanita Negara Ke-3.
Artikel Berkaitan: ‘Beliau Adalah Figura Yang Sentiasa Ada Di Hati Saya’ – Aina Abdul Bangga Siti Nurhaliza Digelar Biduanita Negara
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Sebak Kongsi Maksud Kiasan ‘Bunga Melur’ Arwah Bapa – ‘Saya Asal Dari Kampung, Pertaruhkan Bakat Allah Bagi’
Kerabat diraja Pahang banyak beri peluang
Menerusi hantaran di Instagram, Siti atau lebih dikenali sebagai Tokti mengakui bahawa kerabat diraja Pahang antara insan yang banyak memberi peluang kepadanya sejak dahulu lagi sebelum bergelar anak seni.
Selain sering menjemputnya membuat persembahan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerabat diraja Pahang yang secara tidak langsung memberinya pendedahan tentang dunia nyanyian.
Patik menjunjung kasih Tuanku dan kerabat-kerabat diraja Pahang yang telah memberi kepercayaan, peluang dan sokongan kepada patik sejak di bangku sekolah iaitu sebelum patik bergelar artis.
Sejak dahulu, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan kerabat diraja Pahang sentiasa memberi peluang kepada patik untuk mengadakan persembanan dan dari sinilan, patik mendapat pendedahan awal dalam bidang seni suara hingga ke hari ini.
Dalam pada itu, pelantun lagu Nirmala ini menyifatkan gelaran Biduanita Negara yang diterimanya ini merupakan satu amanah yang perlu dijaga untuk memarbatkan seni muzik tanah air,
Sebagai anak Pahang, patik berharap dapat memberikan suntikan semangat dan inspirasi kepada masyarakat di negeri ini untuk terus berjaya dalam apa juga lapangan yang diceburi.
Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur atas penerimaan penganugerahan Biduanita Negara Ke-3 sempena Anugerah Seni Negara 2024.
Ucapan tahniah buat Siti
View this post on Instagram
Sumber: Siti Nurhaliza, Kesultanan Pahang