Bekerjasama dan bertimbang rasa dalam menguruskan hal rumah tangga adalah penting demi mengekalkan keharmonian bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lately Ini Alahan Makin Teruk’ – Mual Makin Teruk & Tak Boleh Makan Bawang, Netizen Syak Atikah Suhaime Hamil?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Fasa Hamil Sangat Susah, Mula Sakit Badan & Emosi Tak Stabil – ‘Rasa Macam Diri Tak Disayangi’
Isteri macam bibik?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Nur Atikah Mohd. Suhaime dilihat berkongsi satu kenyataan daripada pengguna aplikasi X mengenai peranan seorang isteri dalam rumah tangga yang didakwa tidak dipratikkan lagi.
Ujarnya, dia melakukan banyak perkara sebagai seorang isteri seperti mana yang diajar oleh ibunya.
Ingatkan perkara ini normal?
Dah tiada isteri buat macam ini lagi ke?
Ke kalau buat, orang anggap macam bibik?
Banyak perkara yang saya buat sebagai isteri, mengikut ajaran ibu saya.
Saya masak untuk suami dan keluarga, teman suami.
Berkongsi lebih lanjut, pelakon berusia 33 tahun itu merasakan kurang selesa apabila segelintir masyarakat yang melabel peranan isteri seperti pembantu rumah.
Sumber: Instagram therealatikahsuhaime