berita

‘Tugas Kalian Di Dunia Sudah Berakhir’ – Luahan Abang Pemain Gitar Maut Terkena Renjatan Elektrik

August 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Berita kematian Wan Radzie Wan Othman yang dikenali sebagai Eddy Malmsteen semalam mengejutkan ramai penggiat seni antaranya Datuk Hattan, To’ki, Joey BPR, Along Exists, Uchop Ahmad dan ramai lagi yang  memuat naik ucapan takziah di dinding laman sosial Facebook masing-masing.

Insiden yang meragut nyawa pemain gitar profesional dan kakaknya itu dipercayai berpunca akibat terkena renjatan elektrik daripada alat pemanas air. Luahan terakhir abangnya membuatkan ramai sebak.

Berpunca dari alat pemanas

Berdasarkan maklumat awal, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan terbaring di sebuah rumah di Batu 11 Jalan Lama Gombak, manakala kanak-kanak lelaki pula ditemui dalam keadaan lemah.

Pihak ambulans yang tiba kemudian mengesahkan kematian lelaki dan wanita terbabit yang juga suri rumah dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, renjatan elektrik dalam kejadian itu dipercayai daripada alat pemanas

Siasatan awal mendapati mangsa wanita itu sedang memandikan anaknya sebelum tiba-tiba terkena renjatan elektrik. Adik lelakinya yang kebetulan berada di rumah terdengar jeritan mangsa meminta tolong lalu bergegas ke bilik air untuk membantu, namun turut terkena renjatan elektrik.

Luahan abang

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dukacita di maklumkan bahawa kedua Adinda saya Wan Zunira ( kiri) dan Eddy Wan Othman (kanan) sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi. Kedua jenazah mereka kini di Forensik Selayang dan anak bongsu kepada adinda saya Allahyarhamah Wan Zunira kini di ICU selayang kerana terlibat sama. Maaf kerana lewat reply. Ibonda saya kini di hospital dan masih belum di maklumkan mengenai perkara ini atas sebab faktor kesihatan dan setelah mendapat nasihat dari Dr di hospital. Suami arwah juga yang sepatutnya dijadualkan menjalani operation di Hospital Seremban isnin ini di jangka ditunda dan beliau akan pulang ke rumah sesegera yang boleh selepas solat subuh ini.

InsyaaAllah jenazah akan di bawa balik ke Gombak batu 11 untuk dikebumikan di sini. Perginya seorang ibu ketika sedang menyempurnakan tugasan terakhir beliau memandikan anaknya. Perginya seorang adik kerana berusaha menyelamatkan kakak dan anak buah yang sedang dalam renjatan elektrik. Semoga keduamu pergi sebagai syahid dan syuhada.. Berehatlah kedua adik ku.. Tugasan kalian di dunia dah berakhir.. Semoga Allah menerima kebaikan kamu berdua. InsyaaAllah saya akan update sebarang berita selepas mendapat keputusan langsung dari Forensik Selayang.

Sepanjang kariernya, Eddy atau lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen kerap mengiringi persembahan artis-artis popular antaranya Datuk Hattan, Joey BPR dan ramai lagi. Menurut abang arwah, kedua jenazah adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Sumber : Wan Razmie Wan Othman

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×