berita

‘Tuhan Jaga Mereka.. ‘- Gara-Gara Mahu Balas Dendam, Wanita Rakam Video Bunuh Anak Sendiri

January 7th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Pada tahun 2006, kisah pembunuhan dua orang kanak-kanak yang berumur 19 bulan dah 3 tahun mendapat perhatian ramai. Tragedi yang berlaku di Kanada ini melibatkan seorang ibu iaitu Frances Elaine Campione yang tergamak membunuh anaknya sendiri dengan melemaskan mereka di dalam tab mandi.

Lemaskan anak sendiri

Menurut peguam yang mengendalikan kes ini, suspek tertekan akibat daripada penceraian dan pergaduhan mengenai hak penjagaan anak-anak mereka. Sebelum kematian kedua-dua puteri mereka, peguam tersebut mendakwa ibu mangsa kelihatan tidak waras. Pada hari kejadian yang berlaku pada  2 Oktober 2006, Campione telah membunuh kedua-dua anaknya di rumah mereka  di Pangsapuri Coulter Glen. Suspek telah merendam mangsa di dalam tab mandi di rumah menyebabkan mereka lemas.

Lebih menyeramkan apabila suspek turut merakam video pembunuhan tersebut untuk dihantar kepada bekas suaminya. Malah di dalam video tersebut, suspek sempat rekod secara terperinci dari sebelum anak-anaknya lemas sehingga mati di dalam tab mandi tersebut. Ada mendakwa video yang dihantarkan kepada bekas suaminya itu agak panjang menyebabkan bekas suaminya sendiri trauma. Selepas kedua-dua mangsa meninggal dunia, Campione turut mengenakan baju seperti puteri raja berwarna putih serta mendandan rambut mereka. Kemudian dia melihat kamera lalu berkata kepada suaminya, ‘Adakah kamu bahagia sekarang. Anak-anak sudah tiada. Bagaimana perasaan kamu? Tuhan jaga mereka sekarang’

Ada masalah mental

Selepas ditahan pihak berkuasa, suspek memberitahu bahawa dia membunuh kedua-dua anaknya kerana anak itu miliknya dan bukan milik bekas suaminya. Dalam pada itu, menurut peguam tersebut suspek percaya bahawa anak-anaknya selamat jika dia menghantarnya ke syurga kerana disitu adalah tempat pelindungan yang hakiki.

Dalam pada itu, perkara ini turut memberi kesan yang besar kepada bekas suaminya Leo Campione yang tidak dapat menahan rasa sedih dan terkilan.

Serena dan Sophia adalah hidup saya, dan mereka masih ada. Saya merindui saat-saat saya pulang dari kerja dan mereka berlari ke pintu dengan tangan sambil berkata ‘ayah, ayah’. Saya selalu mengambil mereka dan mereka selalu memberi saya kekuatan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya akan dihantui selamanya’

Walaupun bekas isterinya sudah ditahan polis, namun dia masih tidak dapat menerima apa yang berlaku. Dia berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya. Pada tahun 2010, Campione disabitkan kesalahan membunuh namun atas kerana faktor kesihatan mental dia dihantar menghadiri program rehabilitasi kesihatan mental, dan mendapatkan rawatan kesihatan.

Sumber : Toronto, ctvnewsDailymail

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×