Tak dinafikan, nama Fatin Umaidah iaitu wanita yang dipercayai merupakan isteri kedua pempengaruh, Alif Teega menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Percaya Kenyataan Palsu Aisyah Lepas Ni, Dia Dah Dikawal & Digertak Alif..’
Artikel Berkaitan: Isteri Hamil 5 Bulan, Alif Teega Mengaku Dah Berkahwin Dua – ‘Aisyah Adalah Wanita Pilihan Allah’
Fatin tak ada media sosial?
Terbaharu, tular satu akaun Instagram yang menggunakan nama Fatin Umaidah dan lebih menarik perhatian ramai apabila bio pada profil akaun tersebut meletakkan nama Mohd Hazalif (Alif Teega) dengan diikuti dengan emoji cincin.
Tidak cukup dengan itu, individu terbabit turut menulis ‘The man I prayed for’ bersama emoji hati berwarna putih. Sejak daripada itu, profil Instagram individu yang mengaku sebagai Fatin Umaidah telah tular di platform media sosial lain sehingga ramai netizen menyifatkan wanita terbabit tidak tahu malu meskipun sudah ‘merampas’ kebahagiaan rumah tangga orang lain.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah komen ringkas yang ditinggalkan oleh Alif. Menurut Alif, isteri keduanya itu, tidak mempunyai akaun media sosial. Susulan daripada komen tersebut, ramai netizen mula mengecam Alif dan mendakwa lelaki itu cuba membela wanita bernama Fatin Umaidah.
Walau bagaimanpun, tidak kurang juga ada netizen yang berasa curiga kerana terlalu banyak akaun Instagram yang memiliki nama dan bio serupa muncul selepas isu ini viral.
Alif backup Fatin?
Sumber: TikTok