Sejak beberapa hari lalu, industri hiburan Korea Selatan kecoh mengenai khabar angin ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa didakwa sedang dilamun cinta dengan usahawan terkaya iaitu Frederic Arnault.
Lisa dan Frederic dating?
Khabar angin itu sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen di media sosial susulan tularnya beberapa foto memaparkan seorang wanita mirip Lisa atau nama lengkapnya Lalisa Manoban berjalan berduaan bersama seorang jejaka tinggi lampai mirip Frederic Arnault di Musée Rodin of Paris iaitu sebuah muzium seni yang didedikasikan terutama untuk karya seniman Auguste Rodin.
Ketika itu, saya sedang berjemur di bawah sinar matahari petang di taman Musée Rodin kemudian terlihat seorang gadis mengambil gambar aiskrimnya yang berwarna kuning.
Kebetulan ketika itu, dia menoleh ke arah saya dan kami bertentang mata. Saya tengok gadis itu mirip Lisa dan disebelahnya ada seorang lelaki yang agak familiar. Rupa-rupanya, betullah itu mereka.
Dakwa individu itu lagi, Lisa dan Frederic meluangkan masa bersama seperti pasangan biasa tanpa menyembunyikan identiti mereka.
Setakat artikel ditulis, YG Entertainment dan LLOUD masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin tersebut.
Sumber: Koreaboo