Selebriti versatil, Alif Satar meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang sanggup menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Alif Satar Tak Peduli Komen Negatif Kempen Geng Subuh – ‘Saya Buat Kerana Allah’
Gambar Alif disunting pihak tak bertanggungjawab
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar berkongsi gambar dirinya dalam keadaan bergari dan mata lebam yang telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ujar Alif, perkembangan teknologi masa kini adalah satu perkara yang bagus namun telah disalahgunakan oleh segelintir pihak bertujuan untuk menjatuhkan imej seseorang.
Hai korang, Alif perasan sejak akhir-akhir ini banyak gila berita palsu termasuklah gambar-gambar fasal saya.
Zaman sekarang ini penggunaan ‘Artificial Intelligence’ (AI) memang best tetapi ia juga boleh menjadi fitnah kepada seseorang dan boleh bagi impak negatif kepada imej mereka.
Justeru, pelantun lagu ‘Akhiri Penantianku’ memohon orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan mana-mana berita palsu dan fitnah yang semakin berleluasa ketika ini.
Jadi kalau korang nampak benda pelik- pelik fasal Alif ke, fasal ahli keluarga korang ke apa ke, jalankan tugas korang untuk buat report.
Korang tengok macam ini, aku pula kena hahaha. Pelik betul zaman sekarang.
Jadi, korang doa banyak banyak, kita berada di zaman fitnah. Sentiasa berjaga-jaga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan bahawa mereka sedar akan penyebaran berita palsu melibatkan selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.
Komen netizen
Sumber: IG Alif Satar