Baru-baru ini tular mengenai penceramah bebas, Ustaz Ebit Liew yang membantu seorang wanita gelandangan bertatu dari Indonesia.
Artikel Berkaitan: Jumpa Caprice Di Mesir ‘Bincang’ Isu Viral, Lelaki Ini Cerita Apa Yang Berlaku Sebenarnya
Caprice beri amaran
Bukan sahaja mendapat kecaman dari wargamaya, isu yang tular itu turut mendapat respon daripada penyanyi rap hebat Malaysia, Caprice melalui satu hantaran dimuat naiknya di Instagram Story.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli mengimbau kembali tindakannya pada tahun 2021 yang lalu ketika dia cuba untuk membongkarkan siapakah diri Ebit Lew yang sebenarnya namun, rata-rata netizen tidak mempercayai pelantun lagu Xde Hal Bro itu.
Menerusi hantarannya itu juga, Caprice memberi amaran untuk tidak ‘menguis’ dia membongkar semula apa yang diketahui.
Menurut Caprice lagi, dia begitu yakin bahawa kebenaran akan berpihak juga padanya satu hari nanti meskipun ia memakan masa bertahun-tahun lamanya.
Terdahulu, perkongsian Ebit Liew yang memaparkan dirinya membantu seorang wanita gelandangan bertatu dari Indonesia untuk mencari rezeki mendapat respon pelbagai dari netizen.
Difahamkan, status sebenar wanita tersebut yang merupakan seorang pempengaruh yang mempunyai hampir sejuta pengikut di media sosial menjadi punca amarah wargamaya.
Sumber: Instagram