berita

Tular Kisah Guru & Pelajar Bercinta, Ibu Dakwa Ada Kesan Merah Pada Leher Anak – ‘Dipeluk & Dicium Oleh Guru Matematik’

March 25th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan berkenaan salah laku seksual oleh seorang guru wanita ke atas pelajar lelaki seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ada kesan merah pada leher anak

Menurut Wan Kamarul, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun.

Wanita itu mendakwa terdapat kesan kemerahan pada leher anaknya yang pada ketika itu berusia 16 tahun, kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa balik dari ulang kaji pelajaran bersama guru matematik.

Mangsa yang sepatutnya balik ke rumah masih bersama guru matematiknya di perpustakaan.

Difahamkan, remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya mendakwa telah dipeluk dan dicium wanita berusia 37 tahun itu dalam satu kejadian pada 12 Disember lalu sekitar jam 4.50 petang.

Pelajar itu mendakwa telah dipeluk dan dicium oleh guru matematik berusia 37 tahun itu hingga meninggalkan kesan kemerahan pada lehernya.

Mangsa kemudian dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan ke atas kesan kemerahan yang terdapat pada lehernya. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta kesalahan Seksual Terhadap kanak Kanak 2017.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×