Di TikTok, tular semula satu video memaparkan pelakon, Fattah Amin yang berkongsi pesanan diberikan ayahnya, Mohd Amin Musa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Kena Reda & Sabar, Apa Yang Terjadi Adalah Perkara Yang Tak Dijangka’ – Fattah Amin
Jangan khianati isteri
@kasi.umbrella Replying to @Wahida Amiera Danisha ? Ernie Zakri Masing Masing Speed Up – Ernie Zakri Vocals
Menerusi perkongsian tersebut, Fattah memaklumkan ayahnya berpesan untuk tidak melakukan perkara yang tidak baik dalam kehidupan berumah tangga.
Antara perkara yang tidak baik untuk dilakukan itu termasuklah berlaku curang terhadap isteri.
Ayah pernah pesan waktu mula-mula nak berkahwin dulu, jangan buat perkara yang tidak baik.
Jangan pernah terfikir untuk ‘bertray’ dan curang terhadap isteri.
Menurut pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, setiap keburukan yang dilakukan oleh manusia pasti akan mendapat balasan daripada Allah SWT.
Sebab apa saja benda tak baik yang kita buat pada diri kita, Allah pasti akan membalasnya.
Bila buat benda yang tak baik, jangan fikir kita tak dapat balasan.
Balasan itu sama ada Allah bayar ‘cash’ di dunia atau kita akan dapat balasan di akhirat.
Selalu kuat semangat
Dalam pada itu, Fattah juga berkongsi pesanan ayahnya untuk tidak patah semangat meskipun menerima pelbagai komen negatif daripada segelintir pihak.
Ayah juga ada pesan pada saya yang kita ini hidup bukan untuk puaskan hati orang.
Pertama sekali, apa yang kita buat adalah kerana Allah dan keduanya adalah untuk diri kita.
Apa saja yang orang cakap mengenai kita, abaikan saja. Teruskan hidup dan sentiasa kuatkan semangat.
Video tersebut difahamkan kembali tular selepas penceraian Fattah dan bekas isterinya yang juga merupakan pelakon, Nur Fazura Sharifuddin.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi dan lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada 7 Oktober lalu.
Selepas sah bercerai, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya. Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.
Walau bagaimanapun, Fattah menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: TikTok