berita

Tular Video 3 Anak Nyaris Dibawa Lari, Ibu Dakwa Tinggal Sekejap Dalam Kereta Sebab Nak Beli Sarapan

September 30th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, kes cubaan menculik melibatkan kanak-kanak semakin berleluasa dan ia telah mencetuskan kebimbangan ramai. Walaupun kisah-kisah berkaitan penculikan tular baru-baru ini dikatakan palsu dan salah faham, tetapi ibu bapa seharusnya lebih berwaspada untuk mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Artikel Berkaitan: Lelaki Gagal Bawa ‘Lari’ Murid Tadika Sebab Tak Tahu Nama Ibu

Baru-baru ini, seorang ibu berdepan detik cemas apabila mendakwa tiga anaknya nyaris dibawa lari berhampiran sebuah stesen minyak di Batu 9, Telok Panglima Garang.

Lelaki cuba buka pintu kereta?

Kisah tersebut telah tular di media sosial selepas klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada stesen minyak itu dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Hizam. Berdasarkan laporan polis yang dibuat si ibu, ketika kejadian, dia singgah sebentar di kedai makan untuk membeli sarapan sementara anak-anaknya ditinggalkan di dalam kereta kerana cuaca hujan.

Ketika saya berada di kedai makan tersebut, saya terlihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam (nombor pendaftaran tidak pasti) telah memandu dalam keadaan perlahan dan telah berhenti di bahagian belakang kereta saya.

Dakwa wanita ini lagi, dia melihat seorang lelaki telah keluar dari kereta tersebut dan berdiri di sebelah pintu kereta Nissan Almera miliknya. Lebih mencurigakan apabila wanita ini mendakwa lelaki terbabit melihat keadaan di dalam kereta melalui tingkap selain seperti cuba membuka pintu keretanya.

Saya terus berlari ke arah kenderaan dan bertanyakan kepadanya kenapa menghampiri kenderaan saya dan beliau beritahu yang pintu kereta saya tidak rapat. Pintu tersebut tidak rapat kerana mengalami kerosakan. Apabila saya menyoalnya, lelaki tersebut terus berlalu pergi dan masuk ke dalam keretanya dan terus beredar.

Berdasarkan percakapan, wanita ini mengesyaki lelaki berkenaan merupakan warga Indonesia. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya membuat laporan polis adalah untuk tujuan keselamatan dirinya dan anak-anak. Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menasihati para ibu bapa supaya lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Mereka turut meluahkan rasa syukur kerana tidak ada perkara buruk yang berlaku ke atas tiga kanak-kanak itu.

Video

Sumber: Facebook Hizam

SKIP THIS AD ×