Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap tindakan segelintir individu yang didakwa menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya dan bekas isteri, Uqasha Senrose.

Artikel Berkaitan: ‘Hancur’ – Perkongsian Kamal Adli Sorot Perhatian, Ruang Komen Dihujani Kata-Kata Semangat 

Artikel Berkaitan: ‘Demi Allah Saya Tak Nak Lepaskan Uqasha’ – Kamal Adli Harap Ada Peluang Kembali Rujuk

Penjelasan Kamal Adli

Menerusi hantaran di Threads, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, memaklumkan bahawa video tular di TikTok yang mangatakan dia dan Uqasha pernah bergaduh adalah satu fitnah.

Jelasnya, klip tular yang memaparkan berlakunya pertengkaran dengan Uqasha ketika bermain futsal merupakan sebahagian daripada pengisian program televisyen berbayar yang mendokumentasikan perjalanan hidup mereka.

Dekat TikTok ada orang post video saya dan Uqasha bergaduh pasal main futsal. Nak buat fitnah pun agak-agak lah.

Sah-sah itu shooting untuk astro ‘The House’. Post lah klip tu sampai habis.

Sementara itu, Kamal turut mempersoalkan tindakan individu berkenaan yang menggunakan namanya ‘Kamal Adli’ di TikTok sekali gus mencetuskan kekeliruan orang ramai.

Bagi lah masa dan ruang untuk orang nak bertenang. Dah lah pakai nama ‘Kamal Adli’ dekat TikTok tu. Bod*h lah macam ni, sorry.

Sumber: Threads Kamal Adli