Pelakon dan penyanyi Fattah Amin meraih perhatian netizen apabila dia tidak meninggalkan kewajipan sebagai umat Islam walaupun sedang sibuk bekerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Diuji Dengan Ujian Yang Sangat Berat, Apa Yang Saya Buat Adalah Tenangkan Diri & Beristighfar’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Kembali Hangatkan Industri Muzik Dengan Single ‘Lelaki Terakhir’
Berhenti solat
@aj_bosss Behind the scenes (curi rekod) ?#lelakiterakhir #bts #newsong #fyp #foryoupage ? original sound – MZQQZ
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohamad Amin, 34, dilihat sedang menunaikan solat fardhu.
Difahamkan, Fattah sedang menjalani rakaman suara ketika itu untuk lagu ‘Lelaki Terakhir’ bagi runut bunyi drama bersiri lakonannya yang bakal ditayangkan pada 28 Februari di slot eksklusif TV3.
Bagus didikan mak ayah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Fattah yang tidak melupakan solat walaupun sedang sibuk bekerja. Selain itu, warganet turut memuji didikan ibu bapa pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin.
Sumber: TikTok @AJboss