Foto: Daily Record UK
Seorang lelaki di Scotland telah dijatuhi hukuman penjara selaam 23 tahun selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dalam satu kejadian pada November 2021.
Mangsa sempat singgah kedai
Foto: Daily Record UK
Lebih kejam, suspek Christopher McGowan, 28, kemudian tergamak membakar mangsa, Claire Inglis menggunakan pemetik api. Ekoran daripada pembunuhan kejam itu, mayat mangsa ditemui dengan 76 kesan kecederaan pada tengkoraknya dan kecederaan parah di bahagian leher.
Pada awalnya, suspek tidak mengaku telah melakukan pembunuhan itu namun selepas seminggu perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi Stirling, akhirnya hakim mendapati suspek ternyata bersalah. Susulan daripada kesalahan tersebut, suspek dijatuhi hukuman penjara selama 23 tahun.
Baru-baru ini, telah tular satu rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan mangsa yang memakai pakaian serba hitam bersama jaket musim sejuk sedang berada di sebuah kedai serbaneka untuk membeli beberapa barangan. Namun siapa sangka, pada malam itu juga iaitu pada Novermber 2021, selepas pulang ke rumah, mangsa telah dibunuh dengan kejam oleh teman lelakinya.
Sumber: Daily Record UK