berita

Tulis Surat Seolah Tahu Akan Mati, Ini Teori Konspirasi Kematian Puteri Diana 23 Tahun Lalu

September 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Suatu ketika dahulu, dunia pernah digemparkan dengan kematian pewaris takhta kerajaan United Kingdom, Puteri Diana akibat kemalangan jalan raya. Sejak dari itu, pelbagai teori konspirasi mengenai punca dan sebab kematian telah dibincangkan sehingga wujud satu dokumentari khas iaitu In The Name Of Love, The Life and Death of Princess Diana.

Siapa Puteri Diana?

Foto: Google

Puteri Diana merupakan Puteri Wales yang lahir pada 1 Julai 1961. Beliau merupakan isteri pertama Putera Charles dan menantu sulung kepada Ratu Elizabeth II. Di samping itu, Puteri Diana juga merupakan pewaris takhta kerajaan United Kingdom dan 15 lagi negara di dalam Kerajaan Komanwel. Beliau mempunyai dua anak iaitu Putera William dan Putera Harry.

Selain memiliki rupa paras yang menawan, Puteri Diana juga merupakan ikon fesyen dan tokoh kemanusiaan. Beliau merupakan sumber inspirasi wanita di United Kingdom pada masa tersebut. Puteri Diana menerima pendidikan awal di Riddlesworth Hall di Norfolk dan di West Heath Girls’ School, di Sevenoaks. Seterusnya, dia melanjutkan pengajian di Institut Alpin Videmanette di Switzerland. Ketika menimba ilmu di Institut Alpin, beliau telah berkenalan dengan Putera Charles. Mereka mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 1981 dan berpisah pada tahun 1992.

Pada 31 Ogos 1997, seluruh negara dikejutkan dengan berita Puteri Diana meninggal dunia. Beliau terlibat dalam sebuah kemalangan di terowong Pont de l’Alma di Paris bersama-sama dengan kekasihnya iaitu Dodi Al-Fayed dan pemandunya Henri Paul. Kesemua mereka mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala sewaktu kemalangan. Pengebumian Puteri Diana yang diadakan pada 6 September 1997, telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dan hampir 1.5 billion orang menonton siaran langsung tersebut.

Teori konspirasi

Foto: Google

Selepas berpisah dengan Putera Charles, Puteri Diana dipercayai menjalinkan hubungan cinta bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Dodi Al-Fayed. Bukan itu sahaja, Puteri Diana didakwa mengandung anak kepada Dodi. Menurut laporan Independent, keluarga diraja tidak boleh menerima orang Muslim menjadi ayah tiri kepada bakal Raja England. Oleh itu, pelbagai rancangan telah dilakukan untuk membunuh Puteri Diana dan Dodi Al-Fayed. Spekulasi mengenai Puteri Diana mengandung pula mula tersebar semasa beliau sedang bercuti di Perancis.

Seolah tahu akan mati

Foto: Telegraph.co.uk

Menurut laporan Telegraph.co.uk, pada bulan Oktober 1996, Puteri Diana telah menulis sepucuk surat kepada kawannya iaitu Paul Burrell. Menurut Puteri Diana, nyawanya kini berada dalam bahaya. Di samping itu, beliau turut memberitahu bahawa suaminya telah merancang mengenai satu kemalangan dan ingin melihat kepalanya mengalami kecederaan yang sangat serius. Beliau turut memberitahu bahawa kemalangan tersebut mampu membuka ruang buat suaminya berkahwin lagi. Namun siapa sangka, 10 bulan selepas surat itu ditulis, Puteri Diana dan kekasihnya iaitu Dodi Al- Fayed terlibat dalam kemalangan.

Paparazzi selalu mengintip

Foto: Dailymail.co.uk

Kematian Puteri Diana turut dikaitkan dengan seorang paparazzi iaitu James Andanson. James Andanson merupakan seorang wartawan dan jurugambar yang selalu mengintip pergerakan Puteri Diana dan Dodi Al-Fayed ketika mereka berdua-duaan. Bahkan, James dipercayai berada di Sardinia ketika pasangan tersebut sedang bercuti. James juga merupakan salah satu daripada sepuluh saksi dalam misteri kemalangan Puteri Diana.

Menurut laporan The Sun, sebelum kemalangan berlaku, James dipercayai memandu Fiat Uno berwarna putih dan mengejar kereta Mercedes Benz yang dinaiki Puteri Diana. Pada masa yang sama, dia telah menghimpit kenderaan Puteri Diana sehingga terdapat bekas cat di kereta tersebut. Beberapa serpihan kaca lampu belakang turut dijumpai di pintu masuk terowong Pont de l’Alma.

Terdapat juga spekulasi yang mengatakan pemandu Puteri Diana iaitu Henri Paul tidak dapat mengawal kenderaan sewaktu insiden tersebut berlaku. Situasi mencurigakan turut berlaku apabila kereta Fiat Uno tersebut hilang dan tidak dapat dikesan oleh pihak polis. Selepas tiga tahun, mayat James ditemui di dalam sebuah kereta BMW berwarna hitam di kawasan perkampungan Montpellier, di Perancis. Menurut pihak penyiasat, mayat James pada masa tersebut tidak dapat dikenal pasti sehingga mereka melakukan ujian DNA. Hasil laporan juga mendapati James ditembak dua kali di bahagian kepala.

Pemandu ambil ubat terlarang dan mabuk

Foto : Cheatsheet.com via Getty Images

Beberapa orang saksi turut memberitahu yang mereka ternampak satu flash putih ketika kereta Puteri Diana memasuki terowong tersebut. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan kewujudan flash putih itu seolah-olah sudah dirancang supaya Henri Paul silau dan hilang kawalan ketika memandu.

Menurut laporan Telegraph lagi, sebuah pusat penyelidikan di Perancis, telah mendakwa Henri Paul memandu dalam keadaan mabuk pada waktu tersebut. Hasil siasatan juga mendapati lelaki tersebut telah mengambil ubat terlarang dan alkohol. Perkara tersebut turut dibuktikan ketika bedah siasat apabila doktor mendapati tahap alkohol dalam darahnya tinggi dan terdapat sisa ubat anti depression dalam tubuh badannya.

Palsukan berita kematian

Foto: Glamour

Terdapat juga konspirasi liar seperti Puteri Diana sengaja memalsukan kematiannya kerana tidak tahan dengan liputan pihak media yang selalu mengintipnya. Beliau juga dipercayai merancang kematian tersebut bersama kekasihnya. Puteri Diana juga didakwa ingin berpindah ke luar negara dan ingin menikmati kebebasan hidup selepas kemalangan tersebut. Menurut Londonnet.co.uk, kesemua berita tersebut adalah palsu dan mayat yang dijumpai sememangnya mayat Puteri Diana dan kekasihnya.

In the name of love

Terdapat pelbagai dokumentari telah dihasilkan mengenai Puteri Diana sebelum dia berkahwin sehingga dia meninggal dunia. Bahkan, beberapa filem turut dihasilkan berdasarkan kisah hidupannya.

Sumber: Independent, Telegraph.co.uk, The SunLondonnet.co.uk

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×