Media sosial merupakan sebuah platform komunikasi secara online. Ciri-ciri yang membenarkan penggunanya mencipta kandungan mereka sendiri, membuatkan platform ini sangat berguna dalam berkongsi dari perkara yang berfaedah sehinggalah perkara yang buruk.
Terbaru, sebuah aplikasi media sosial, Tumblr telah digugurkan dari App Store kerana mengandungi pornografi kanak-kanak. Tindakan tersebut merupakan satu usaha baik dalam memastikan kegiatan penyebaran pornografi kanak-kanak dapat dihentikan.
Tumblr digugurkan dari App Store
[ISU]
Kepada ” kaki kaki Tumblr”, sila ambil perhatian…
Akhirnya, pihak Apple telah membuat keputusan bijak dengan menggugurkan aplikasi lubuk pornografi Tumblr sebagai komitmen untuk mencegah pornography dan khususnya menentang pornografi kanak kanak.
Pihak Tumblr yang di hubungi pihak wartawan menyebut.
“Kami komited untuk membantu membina persekitaran dalam talian yang selamat untuk semua pengguna, dan kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk mana mana paparan eksploitasi dan penyalahgunaan seksual kanak-kanak.
Pihak kami bekerjasama dengan agensi seperti the National Center for Missing and Exploited Children] (NCMEC) untuk memantau kandungan yang dimuat naik ke platform.
.
Walaupun pihak Tumblr mengakui mereka ada melakukan saringan dan pemantauan,ternyata usaha tersebut masih tidak mencukupi memandangkan begitu banyak bahan pornografi dapat di akses menerusi laman sosial tersebut.
Malaysia paling aktif memuat naik dan memuat turun porno
Malaysia Ranking Tertinggi Pornografi Kanak-Kanak ‘Online’ Di Asia Tenggara
Menerusi kenyataan dan laporan yang berbeza, Malaysia adalah negara yang paling aktif dalam aktiviti memuat naik dan memuat turun visual pornografi kanak-kanak apabila mencatat bacaan alamat IP tertinggi.??Laporan mendedahkan sebanyak 17,338 alamat IP melibatkan pornografi kanak-kanak adalah dari Malaysia.
Selain itu, Penduduk negara ini mencatat pencarian berkaitan bahan pornografi tertinggi di Asia Tenggara dengan hampir 20,000 bahan negatif tersebut dimuat naik dan turun setiap hari.
Lebih membimbangkan, hampir 60 peratus kanak-kanak meluangkan masa di media sosial setiap hari dan hanya 35 peratus ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka di media sosial.
Data menunjukkan sebelum 2014, secara purata seramai 60 kanak-kanak mendapat serangan seksual daripada penjenayah yang dikenali menerusi Internet. Angka itu meningkat kepada 184 pada 2015 dan 183 pada 2016, manakala 2017 pula seramai 117 kanak-kanak setakat Mei tahun lalu.
Bukan sekadar Tumbler, isu pornografi merupakan isu kronik dan kritikal, namun adakah langkah langkah pencegahan yang sedia ada mencukupi?
Indonesia dan India telah mengharamkan aksess laman Tumblr di negara mereka, mengapa tidak Malaysia?
Sumber: Public Health Malaysia