berita

Tumbuk Sambal Ayam Penyet Dalam Bilik Hospital

June 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan seorang wanita yang menumbuk sambal di dalam sebuah bilik di hospital tular di media sosial dan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Video penuh:

Menerusi video pendek dikongsi Fakta Indo di laman Instagram, memaparkan seorang wanita memakai tudung berwarna kelabu begitu asyik menumbuk sambal sambil disaksikan oleh beberapa pelawat yang turut berada di tempat kejadian.

Apa yang menjadi persoalan apabila, wanita ini dilihat sama sekali tidak mempedulikan keadaan pesakit yang berada di atas katil dan bunyi tersebut secara tidak langsung menganggu ketenteraman para pesakit yang lain. Ada juga yang memberitahu wanita tersebut mungkin sedang menyiapkan makanan kegemaran pesakit.

Viral aksi unik emak-emak tumbuk sambal di bilik hospital ketika melawat pesakit.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mendapat 25k tanda suka dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakannya ketika itu.

Sumber: Fakta Indo

SKIP THIS AD ×