Sebelum ini, pelakon Syatilla Melvin mendedahkan dia mengalami alahan yang pelik iaitu berasa meloya apabila melihat rumahnya sendiri.
Artikel Berkaitan: Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri, Syatilla Suruh Shaheizy Sam Cari Hotel
Dua minggu tak keluar rumah
Menerusi Instagram Syatilla, 30, dia memuat naik sebuah video yang memaparkan suaminya, Shaheizy Sam membawa sebuah televisyen menuju ke bilik hotel.
Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia sudah berusaha untuk berlawan dengan alahan tersebut dengan tidak keluar dari rumah selama dua minggu namun percubaan itu gagal.
Sam terpaksa hadap sebab dia yang mengandungkan aku. Sanggup bawak televisyen besar dari rumah supaya tak bosan. Kalau dah bawa televisyen maksudnya bukan duduk sekejap eh.
Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ni. Tewas akhirnya..
Rasa hidup tak ada kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik longlai badan.
Proses kehamilan luar biasa
View this post on Instagram
Tambah finalis Dewi Remaja 2009/2010, proses kehamilan anak ketiga ini sangat ketara perbezaannya kerana sebelum ini dia masih mampu untuk keluar pergi ke set penggambaran.
Bagaimanapun, kata pelakon drama Sha & Shah, apa yang paling penting adalah anak yang sedang dikandungnya sihat serta sempurna sifat.
Demi Allah ini kali pertama Tilla ada alahan macam ini, hamil sebelum ini langsung tak merasa, siap boleh pergi shooting hari-hari sampai perut besar!
Kali ini sangat-sangat luar biasa, rasa serik pun ada. Insya-Allah doakan baby nombor tiga ini sihat sempurna sifat. Itu paling penting.
Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy berusia empat tahun dan Sarimah Samheizy yang kini dua tahun.
Sumber: Instagram @Syatilla Melvin