berita

Tun M Pangku Jawatan Menteri Pendidikan Buat Sementara Waktu

January 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Desas desus mengenai individu yang akan memangku jawatan menteri pendidikan setelah Dr Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan 2 Januari lalu, akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memangku jawatan tersebut buat sementara waktu.

Bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan

Menurut laporan Malaysiakini, Tun Dr Mahathir Mohamad menggalas tanggungjawab tersebut berkuat kuasa bermula 3 Januari yang lalu sebelum menteri pendidikan yang baru dilantik.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah menawarkan dirinya untuk mengambil alih portfolio pendidikan sebaik saja memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14. Namun, beliau menerima komen yang negatif kerana seorang perdana menteri tidak boleh memegang portfolio lain semasa berkhidmat dan ianya bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan.

Tak ada orang dipecat

Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Semasa peletakan jawatan, Dr Maszlee menegaskan bahawa dia bukan meletak jawatan atau dipecat dari jawatannya sebagai menteri pendidikan tetapi keputusan itu adalah saranan dan pandangan dari Perdana Menteri sendiri.

Tak ada orang dipecat. Tak ada orang letak jawatan. Yang ada hanyalah perkara administrative iaitu kuasa perdana menteri, berdasarkan kebijaksanaan dan pandangan jauh beliau untuk melihat kelangsungan kerajaan yang kita cintai ini.

Maka Tun Dr Mahathir buat keputusan dan saya sebagai ahli parlimen kerajaan dan ahli parti menurut tanpa berbelah bagi perintah yang diberikan.

Dr Maszlee ketika mengumumkan peletakan jawatan tersebut turut berkata beliau akan memulangkan jawatan itu kepada Tun Mahathir.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×