berita

Tun Mahathir, Nicol Ann David Terima Anugerah Khas & Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan USM

September 24th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Majlis konvokesyen merupakan upacara kemuncak yang ditunggu-tunggu setiap pelajar kerana pada waktu itu lah mereka dapat mengukir senyuman buat ibu bapa serta rakan-rakan terdekat yang sering memberi sokongan dan dorongan semasa zaman belajar.

Bersempena musim konvokesyen ini, tokoh negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan ratu skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David telah menerima Anugerah Khas Kelestarian Canselor dan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) ketika Upacara Konvokesyen ke-57 USM semalam.

Bakti kepada negara dan masyarakat

Menerusi laporan Astro Awani, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menerima Anugerah Khas Kelestarian Canselor oleh Universiti Sains Malaysia (USM) atas bakti beliau kepada negara dan masyarakat global. Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Dr Mahathir tidak dapat hadir pada majlis tersebut berikutan mempunyai urusan rasmi yang lain. Namun, pihak universiti akan membuat tayangan video sempena upacara Konvokesyen Komemoratif.

Konvokesyen akan menyaksikan penganugerahan USM kepada negarawan Tun Dr Mahathir atas sumbangan besar beliau kepada negara dan masyarakat global. (Tun) tidak dapat bersama tapi InsyaAllah (anugerah) akan diberi di istana di Perlis.

Anugerah itu akan disampaikan Tuanku Canselor USM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang akan diadakan di Istana Arau, Perlis pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Tambahnya, selain Dr Mahathir, USM juga turut mengiktiraf beberapa tokoh terkemuka antaranya menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan kepada Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol  Ann David atas sumbangannya terhadap kemajuan ilmu sains sukan.

Perancangan selepas bersara

Manakala menerusi laporan Harian Metro, Datuk Nicol Ann David menyatakan hasratnya untuk tinggal lebih lama di negeri kelahirannya iaitu Pulau Pinang. Ini kerana, beliau ingin memberi inspirasi kepada atlet tempatan. Tambahnya, hasrat tersebut antara perancangannya selepas bersara dalam arena skuash.

Selain itu, beliau juga mahu bergiat aktif dalam program motivasi bersama atlet tempatan bagi memajukan arena sukan negara. Tambahnya, anugerah yang diperoleh semasa upacara konvokesyen merupakan hadiah yang sangat bermakna buat ibu bapanya serta penghargaan yang cukup bermakna buat dirinya.

Menerusi kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), saya berharap dapat turut serta dengan atlet tempatan serta terbabit dalam melihat potensi mereka. Ia adalah pengiktirafan bermakna kepada saya dan dikongsi bersama ibu bapa yang turut hadir ketika Upacara Konvokesyen. Sudah tentu ia menjadi detik istimewa kepada saya dan keluarga.

Upacara Konvokesyen ke-57 USM itu diperkenankan Canselor USM, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Turut diundang, Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik serta Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail.

Sumber: Astro Awani & Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×