Jodoh itu rahsia Allah SWT. Allah telah menetapkan jodoh setiap insan sejak azali lagi. Jadi siapa kita untuk menolak takdir ini?. Bila hati dah sayang, perbezaan umur bukan merupakan satu halangan untuk menjadi dia pasangan hidup kita. Justeru, perbezaan umur ini juga menjadikan sesuatu hubungan itu lebih matang.
Pelakon terkenal, Intan Najuwa telah memilih tarikh 18 Ogos untuk mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Razrul Anwar Rusli. Majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan itu berlangsung dengan meriahnya di Thistle Hotel, Johor.
16 tahun jarak umur
Menerusi Instagram Intan Najuwa berkongsi beberapa keping gambar sepanjang berlangsungnya majlis pertunangan tersebut. Sikap matang dan memahami membuatkan Intan terbuka hati untuk menerima lamaran pemuda tersebut. Walaupun jarak perbezaan usia 16 tahun, ianya tidak menjadi penghalang hubungan cinta pasangan sejoli ini.
Niat posting tersebut adalah untuk berkongsi kegembiranannya bersama peminat namun sebaliknya yang terjadi apabila gambarnya itu dipenuhi komen negatif daripada netizen.
Komen negatif netizen
Respon Intan Najuwa
Kakak kandung Intan turut membalas komen negatif tersebut dengan menjelaskan kesemua persediaan majlis pertunangan tersebut disediakan sepenuhnya oleh ahli keluarga mereka.
Sumebr: Instagram Intan Najuwa