Ciapan terbaharu yang dimuat naik pempengaruh media sosial, Ubai MZ di laman Twitter miliknya baru-baru ini telah menarik perhatian netzien.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kongsi Tips Bagaimana Ubai Berjaya Pikat Hati Ibu -‘Ramai Ex Kena Reject…’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah & Ubai Bertunang, Netizen Doakan Urusan #ShiBai Dipermudahkan
Ubai marah siapa?
Menerusi ciapan tersebut, Ubai atau nama sebenarnya Ubaidillah, 25, meluahkan rasa berang apabila ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap keluarganya.
Malah, Ubai berkata, dia sendiri tidak pasti tujuan sebenar pihak berkenaan sehingga bertindak mengganggu keluarganya.
Apa lah kau dengki sangat kacau family aku ni. Apa kau nak sebenarnya?
Sementara itu, menerusi satu lagi ciapan, Ubai berkata penyakit hati merupakan masalah yang paling susah untuk diubati, justeru dirinya hanya mampu bersabar.
Penyakit hati ni paling susah nak ubat. Sabar je lah.
Terdahulu, Ubai selamat mengikat tali pertunangan dengan penyanyi popular, Shila Amzah dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 26 Mei lalu.
Pasangan itu difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Twitter