berita

‘Tunang Tiba-Tiba Tinggalkan Saya..’ – Youtuber Terkejut Terima Mesej Daripada ‘Seseorang’ Selama Sebulan

December 28th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya. Begitu juga yang dialami oleh seorang Youtuber, pengarah, komedian dan penulis dari Amerika ini iaitu Allison Raskin yang mendakwa dirinya sudah ditinggalkan oleh tunangannya.

Lepas putus tunang

Menerusi perkongsian Allison Raskin di Twitter, dia mengakui bahawa ikatan pertunangannya sudah berakhir. Hal ini dipercayai berlaku selepas tunang Allison secara tiba-tiba membuat keputusan untuk meninggalkan dirinya. Berikutan daripada ‘patah hati’, Allison dengan niat bergurau meminta rakan baiknya untuk mengingatkan dirinya bahawa dia pasti akan bertemu dengan pasangan hidupnya kelak.

Namun tanpa disangka-sangka, rakan baiknya itu telah menghantar pesanan kepada Allison pada setiap hari selama sebulan dengan memberi kata-kata semangat. Dalam kesempatan itu, Allison meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rakan yang sangat memahami dan sentiasa berada di sisinya ketika susah dan senang.

Friendship goals

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui ‘cemburu’ dekat ikatan persahabatan yang terjalin antara Allison dan rakan baiknya. Mereka turut berharap dikurniakan sahabat seperti itu. Malah tidak kurang juga ada yang berharap agar Allison akan terus kuat menghadapi dugaan ini dan akan bertemu dengan seseorang yang sepadan dengannya kelak.

Sumber: Allison Raskin

SKIP THIS AD ×