Bulan lalu, media melaporkan perkahwinan Joy dan Hafiz Hamidun berantakan apabila mereka didakwa tidak tinggal sebumbung dan ‘bergaduh’ dengan saling berbalas komen di laman Instagram masing-masing.
Sehingga ke hari ini, netizen masih tertanya mengenai status mereka selepas Hafiz Hamidun membuat sidang media. Menurut sumber dari Harian Metro, Joy kini sedang membuat permohonan pengesahan nikah dengan suami terdahulu.
Pengesahan nikah di Thailand
Permohonan pengesahan nikah mereka di Thailand itu akan didengar oleh hakim pada 19 September ini (Selasa minggu depan) sekiranya tiada berlaku sebarang halangan.
Selepas prosiding itu selesai, satu prosiding lain iaitu berkaitan perceraian pula akan dijalankan.
Menerusi laporan Berita Harian, Joy bersama peguamnya sedang menguruskan dokumen permohonan pengesahan pernikahan yang difailkan sebelum ini. Pernikahan dan perceraian kedua-dua mereka sememangnya berlaku pada 2015, namun tidak disahkan di Malaysia.
Bukan pembubaran nikah tapi perpisahan kehakiman
Oleh itu, tugas kita di mahkamah untuk menentukan ia sah terlebih dulu sebelum diteruskan pula dengan prosiding permohonan faraq.
Saya juga ingin menjelaskan bahawa permohonan faraq itu bukan pembubaran pernikahan, tetapi ia perpisahan kehakiman (sementara). Ia tidak seperti yang banyak dilaporkan media sebelum ini.
Pengurusan mengenai permohonan faraq itu akan dibuat pada Khamis ini. Mereka turut menafikan permohonan itu bertujuan untuk membubarkan nikah seperti didakwa oleh media sebelum ini.
Sijil nikah juga tidak dapat dikeluarkan selagi tiada surat cerai dari Songkhla. Atas nasihat pejabat agama di situ, Joy mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sumber : Harian Metro