berita

Tunggang Motosikal Sejauh 50KM, Ibu Buat Keputusan Tinggal Anak Di Asrama Lepas Daftar Masuk Universiti

October 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai masalah penginapan yang dihadapi oleh segelintir mahasiswa apabila Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran secara fizikal bagi sesi Oktober ini.

Artikel berkaitan: Pelajar Geram Memo ‘Last Minute’ Tangguh Pendaftaran, Ini Kata Menteri Pengajian Tinggi

Namun begitu, seorang wanita yang dikenali sebagai Jumiati Masud, telah membuat keputusan untuk menempatkan anaknya Muhammad Izzulhaq Mohamed Hasnan, di asrama Universiti Sains Malaysia (USM) meskipun pihak universiti telah memberikan tiga pilihan.

Redah perjalanan sejauh 50km

Menerusi laporan Kosmo, Jumiati memberitahu dia hanya mahukan yang terbaik buat anak sulungnya itu walaupun terpaksa meredah perjalanan sejauh lebih kurang 50km dengan menunggang motosikal ke USM. Tambahnya, dia bersyukur anaknya diberi peluang untuk menyambung pengajian di tempat yang sangat baik dan selesa.

Saya memilih untuk anak saya tinggal di asrama. Biarlah Muhammad Izzul belajar dalam suasana yang terbaik kerana jika di rumah, kemudahan internet tidaklah begitu baik dan kami tiada kemudahan wifi atau sebagainya.

Ujarnya lagi, pihak USM telah memberikan tiga pilihan utama buat kesemua pelajar baharunya untuk mendaftarkan diri secara rasmi sebagai warga kampus. Antara pilihan yang diberikan ialah hadir mendaftar dan pulang bersama waris, hadir mendaftar serta menempatkan barang dalam desasiswa dan pulang atau mendaftar dan terus tinggal di asrama.

Tinggal di asrama

Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata lelaki, Jumiati telah membuat keputusan untuk membiarkan anaknya itu tinggal di asrama. Ini kerana, kemudahan yang ada di rumah tidak sama seperti kemudahan di universiti. Sebagai contoh, kemudahan wifi.

Saya hanya mahu mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan jadi insan yang berguna. Saya juga bersyukur dan gembira kerana hasrat Muhammad Izzulhaq untuk melanjutkan pengajian di USM dalam jurusan pendidikan dimakbulkan Allah.

Sebelum ini Muhammad Izzul pernah menerima tawaran dari sebuah universiti di Kuala Lumpur namun kami terpaksa menolak kerana keadaan kewangan tidak mengizinkan.

Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana anaknya diterima masuk ke USM kerana univeristi tersebut masih berada dalam negeri yang sama. Jumaiti turut memberitahu bahawa mereka hanya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama keluarga. Menurut Muhammad Izzulhaq, dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibunya kelak.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×