berita

‘Tunggu Sahaja Hari Konvokesyen Berlangsung’- Boy Iman

April 6th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas Boy Iman telah memuat naik foto kad pelajar Universiti Malaya beserta kapsyen ‘sindiran’ di laman sosial media miliknya. Namun perkara itu telah dinafikan oleh pihak universiti sendiri dan mengesahkan bahawa tiada nama Noruliman A. Rahman didaftarkan.

Artikel berkaitan: ‘Kantoi Lagi!’ – Muat Naik Gambar Kad Pelajar, UM Nafi Boy Iman Calon Doktor Falsafah

Selepas isu itu jadi bahan bualan orang ramai, ini jawapan dari Boy Iman. Dia juga berasa hairan mengapa dirinya sering menjadi subjek kecaman.

‘Biarlah masa menentukan’- Boy Iman

Viral isu tersebut, Boy Iman telah dihubungi Utusan Online untuk mengulas lanjut mengenai kontroversi itu.

Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya.

Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak.

Selain itu, pihak Universiti Malaya (UM) hari ini telah membuat semakan dan menafikan bahawa terdapat nama pelakon itu didaftarkan sebagai calon ijazah berkenaan.

Pihak UM ingin menarik perhatian berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A. Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).

Selepas semakan dibuat, tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM.

Kes ini mula timbul apabila Boy Iman memuat naik foto memaparkan kad pelajar yang tercatat namanya beserta logo Universiti Malaya bersama tesis penyelidikan universiti itu.

Sumber: Utusan Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×