berita

Tunggu Saja Keputusan Mahkamah – Izreen Azminda

May 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-29 at 3.15.57 PM

Sudah macam musim bercerai pula ya sekarang ni? Sedangkan isu perceraian Erra Fazira dan Engku Emran baru sahaja reda, kini timbul pula kisah perceraian beberapa selebriti lain seperti  Sari Yanti, Abby Abadi dan yang terbaru, Izreen Azminda.

Mana taknya, kisah perceraian Izreen dan Muhamad Riza Baharuddin paling menjadi buah mulut orang ramai apabila suaminya itu dikatakan melafazkan cerai kepadanya di lokasi penggambaran.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, dilihat enggan mengulas lanjut, Izreen menerusi temubualnya bersama Sinar Harian meminta agar dapat diberikan ruang untuk menyelesaikan masalah keretakan rumah tangganya.

Screen Shot 2014-05-29 at 3.15.41 PMAdrian Umar kini di bawah jagaan Izreen Azminda

“Tunggu saja keputusan mahkamah. Saya minta maaf. Buat masa ini, saya tidak boleh memberi komen mengenai status saya sekarang. Kami berdua dalam proses menyelesaikan masalah ini dengan merujuk kepada mahkamah.”

Mengakui bahawa sudah tidak tinggal sebumbung bersama suami semenjak sebulan lalu, Izreen memberitahu bahawa anak tunggalnya, Adrian Umar kini di bawah jagaannya.

Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 31 Ogos 2012 di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

 

Kredit foto: Instagram Izreen Azminda

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×