berita

Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Datuk Siti Nurhaliza, Orang Tua Ini Didenda RM5,000

October 7th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

TunjukKemaluanDepanRumahSiti

Padah menunjukkan kemaluan di hadapan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Duda anak dua berusia 49 tahun ini  didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Menerusi sumber hmetro hari ini, Majistret Noor Farah Hazwani Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Amiruddin Sulaiman selepas lelaki itu mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan.

Penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Screen Shot 2015-10-07 at 12.59.04

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menghina kesopanan pembantu rumah penyanyi itu dengan cara menunjukkan kemaluannya pada 5 petang, 4 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduanya, jika disabit kesalahan.

Sumber : hmetro 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×