berita

Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Mangkat. Al-Fatihah.

December 5th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

TUNKU-ABDUL-JALIL 2

Menjadi inspirasi buat semua pesakit kanser, Almarhum Tunku Abdul Jalil adalah seorang fighter kerana tidak mudah menyerah kalah dengan penyakit kanser hati yang dihidapinya.

Bagaimanapun, menerusi Sinar Harian, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dilaporkan mangkat sekitar jam 7.00 malam tadi.

Screen Shot 2015-12-05 at 8.56.58 PM

Berita sedih itu dikongsi Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya, Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah…al-Fatihah.”

Sehingga berita ini ditulis, belum ada makluman rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Johor berhubung kemangkatan Tunku Abdul Jalil.

Sementara itu, Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman pula memuatnaik gambarnya bersama Almarhum dengan kapsyen, ‘al-Fatihah’.

Screen Shot 2015-12-05 at 8.58.40 PM

Terkini, page rasmi Johor Southern Tigers juga telah memberi ucapan takziah.

Screen Shot 2015-12-05 at 8.59.33 PM

Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu. Al-Fatihah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×