Bersempena menyambut kepulangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke negeri Pahang, sebuah acara bakal dianjurkan iaitu Pesta Muzik Kuantan.
Artikel Berkaitan: Semua Cantik & Tampan! Kenali Wajah Anakanda Agong, Raja Permaisuri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Agong, Permaisuri Agong Terharu Lihat Sambutan Luar Biasa Rakyat Sabah
Pesta Muzik Kuantan
Pesta Muzik Kuantan yang dijadualkan berlangsung pada 24 Februari 2024 di Stadium Darul Makmur Kuantan itu bakal mempersembahkan gabungan seni muzik dan budaya penduduk tempatan yang ingin terus dipelihara dan dikomersialkan.
Pesta Muzik Kuantan bakal dimeriahkan oleh kumpulan terkenal Indonesia iaitu Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo.
Menurut pengarah Showpro Entertainment, penganjuran Pesta Muzik Kuantan adalah satu penghormatan buat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat.
Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang.
Dan keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu yang memang sangat popular di Malaysia.
Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus,maka ia adalah peluang terbaik untuk rakyat jelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini.
Bukan sahaja Ungu, kami juga turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Ara Johari, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi.
Tiket rahmah
Sementara itu, menurut vokalis Ungu iaitu Pasha, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu berlaku dan mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif penganjuran.
Terlebih dahulu kami ingin berterimakasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. Ini mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami bermain di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur.
Tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang.
Ia menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu peminat di kawasan Pantai Timur.
Lebih mengujakan Pesta Muzik Kuantan menawarkan ‘harga rahmah’ serendah RM58 untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.
Harga tiket adalah seperti (SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, (DEMI WAKTU) RM88.00, (CINTA DALAM HATI) RM98.00, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00, (GEGAR) RM128.00, (VIP B, FREE SEATING) RM388.00, (VIP A, FREE SEATING), RM448.00 dan (MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00
Tiket boleh dibeli mulai 29 Disember 2023 melalui Ticket 2U bermula jam 2.45 petang.