Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, kerana telah dikurniakan cahaya mata sulung semalam. Melalui Instagramnya, Sarimah bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan dan gembira kerana puteri sulungnya itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan moyangnya.
Our precious princess!
https://www.instagram.com/p/B0GaVo-hYeD/
Menerusi Instagram Sarimah, selain meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang diberikan, dia turut memaklumkan akan berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan dan detik kelahiran puteri sulungnya itu. Selain itu, dia turut kongsi mengenai tarikh lahir puterinya itu yang sama dengan moyangnya, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu pada tanggal 19 Julai.
Tidak sabar melakukan pelbagai aktiviti bersama
Menerusi laporan Mstar, Sarimah meluahkan perasaan tidak sabar untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersolek dan memilih pakaian bersama puterinya itu.
Alhamdulillah, selepas ni saya ada kawan baru dan boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan memilih pakaian. Selain itu, ia juga sesuatu pengalaman baru dengan orang baru buat saya dan suami.
Sarimah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan iaitu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015
Sumber: Sarimah Ibrahim & Mstar