berita

Tuntut Parlimen Dibuka, 100 Orang Berhimpun, Buka Puasa Depan Parlimen

May 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Semalam, penggunaan tanda pagar #BukaPuasaBukaParlimen trending di laman Twitter dan meraih perhatian daripada netizen. Difahamkan, seramai 100 orang telah berbuka puasa di depan pintu masuk bangunan Parlimen semalam menerusi satu acara yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Rakyat yang ‘mendesak’ kerajaan supaya mengimplimentasikan enam perkara yang dituntut.

Bahkan, foto dan video acara berkenaan di kongsi di laman sosial dan turut disertakan #BukaPuasaBukaParlimen.

Tuntut enam perkara

Foto: Twitter

Lapor Malaysia Kini, antara enam elemen yang dituntut adalah meminta parlimen kembali bersidang, pelaksanaan Undi 18, jaminan kemandirian ekonomi rakyat, pemerkasan pendidikan yang selamat untuk semua, pemerkasaan hak Sabah Sarawak, dan penguatkuasaan undang-undang yang saksama dan berperikemanusiaan.

Ujar perwakilan Kumpulan Undi 18, Tharmai Pilai menjelaskan kehidupan rakyat marhaen khususnya semakin terjejas setelah lebih setahun negara berdepan dengan pandemik Covid-19 ini.

Hampir 800,000 orang kehilangan pekerjaan, 32,000 perniagaan kecil sederhana (PKS) ditutup, dan kadar pengangguran kini di paras 4.8 peratus (setakat Februari 2021). Lebih menyedihkan lagi, perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan pandemik lebih setahun lalu masih cacamarba.

Aktiviti yang dijalankan

Foto: Malaysia Kini

Difahamkan, para peserta mula berkumpul di tempat letak kereta Taman Tugu pada kira-kira 6.30 petang sebelum berarak menuju masuk pintu masuk bangunan parlimen. Tidak berakhir di situ, pelbagai aktiviti turut dijalankan termasuk berbuka puasa bersama-sama dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan isu kompaun yang dikatakan tidak telus kepada rakyat marhaen.

Kita mahu enam tuntutan ini ditunaikan kerajaan dan rakyat akan terus menuntut sehingga ia dilaksanakan, agar Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan demokratik pada masa yang akan datang.

Sumber: Twitter & Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×