berita

‘Turun Naik Kehidupan Mummy Banyak Beri Pengajaran Dalam Hidup Nana’ – Ucapan Anak Buat Didie Alias Sempena Birthday Undang Sebak

August 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, anak perempuan kepada pelakon, Didie Alias iaitu Diyana Redzuan menulis ucapan yang menyentuh hati buat ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-49.

Tauladan buat anak-anak

Menurut Diyana, ibunya seorang ‘role model’ yang terbaik. Ini kerana, ibunya sentiasa mengajarnya menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan rasa cukup dalam kehidupan selain menghargai perkara yang berada di depan mata.

Selamat hari lahir yang ke-49 tahun mummy. Terima kasih kerana menjadi ibu kepada Nana. Nana tahu mummy susah nak luahkan apa yang tersimpan dalam hati mummy sebab mummy selalu pendam sendiri but yeah we’re just the same. Nana sentiasa doakan mummy murah rezeki dan berjaya dalam apa sahaja yang mummy lakukan dalam hidup mummy.

Turun naik dalam kehidupan mummy banyak memberi pengajaran dalam hidup Nana untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata dan untuk tidak pernah rasa tidak mencukupi dari segi kelengkapan harian Nana.

Di akhir posting, Diyana atau lebih mesra disapa sebagai Nana turut meminta maaf dan berdoa agar ibunya sentiasa gembira dalam menjalani kehidupan.

Nana minta maaf andai pernah melukai hati mu atau pernah terdetik rasa tidak bersyukur dengan apa yang telah disediakan oleh mummy. Nana hanyalah anak bongsu perempuan mummy yang cengeng. Semoga apa yang diimpikan oleh mummy, dapat ditunaikan oleh Nana suatu hari nanti. Happy birthday mummy, my never ending love is for you and only you.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut memberi ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Didie Alias. Mereka berharap Didie Alias akan terus menceriakan industri tanah air.

Sumber: Didie Alias

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×