Amalan gaya hidup sihat sangat penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa bertenaga. Selain dapat mengekalkan bentuk tubuh, badan juga akan terhindar daripada sebarang masalah kesihatan.
Seperti tips yang dikongsi gadis ini, dia dapat menurunkan sehingga 8kg dalam masa sebulan sahaja. Apa yang dilakukannya adalah kawalan kalori dalam makanan dan bersenam.
Turun 8kg sebulan
Jelasnya lagi, dalam sehari dia hanya mengambil sebanyak 1000 kalori makanan sahaja. 500 kalori pada waktu sarapan termasuk makan tengah hari, manakala 500 kalori lagi pada waktu makan malam.
Kawal kalori & workout
Selepas itu, dia bersenam pada setiap hari dalam tempoh seminggu. Senaman yang dilakukannya hanya mengambil masa 15 sehingga 30 minit sahaja. Pada waktu petang pula, dia akan berjalan sehingga 5000 langkah sehari.
Sumber : Bella