berita

Tweet Izara Aishah Bila Farah Ann Berdiri Sebelah Atlet Israel Tarik Perhatian, Pengulas Pun ‘Palau’

July 26th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seperti yang kita tahu, temasya sukan terbesar dunia iaitu sukan Olimpik edisi ke-32 di Tokyo, Jepun sepatutnya berlangsung pada tahun lepas (2020) namun ditunda ke tahun ini (2021) susulan keadaan dunia yang dilanda pandemik Covid-19.

Meskipun begitu, ianya langsung tidak menghalang atau mematahkan semangat para atlet untuk beraksi di pentas sukan Olimpik 2020.

‘Malaysia vs fake country’

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila netizen seakan tidak berpuas hati dengan penglibatan para atlet dari Israel. Begitu juga dengan pelakon cantik jelita iaitu Izara Aishah yang berkongsi satu gambar memaparkan atlet Gimnastik dari Malaysia iaitu Farah Ann berdiri bersebelahan atlet Gimnastik Israel dengan kapsyen ‘Malaysia vs fake country’.

Perkongsian itu sekaligus telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya seakan bersetuju dengan kapsyen yang ditulis Izara Aishah. Mereka berpendapat atlet Israel sepatutnya tidak layak bertanding di sukan Olimpik. Bukan itu sahaja, ada juga di antara mereka mendakwa bahawa pengulas di Malaysia juga seakan memulaukan kontijen dari Israel ketika pembukaan temasya sukan Olimpik baru-baru ini.

Video

‘Tak pandang langsung okay’

Respon warga Israel

Sementara itu, dua orang warga Israel menerusi akaun Twitter mereka turut memberi respon berhubung penglibatan atlet Israel di sukan Olimpik Tokyo. Mereka seakan memerli kedudukan Malaysia dalam pungutan pingat di sukan Olimpik.

Farah Ann tersingkir

Foto: Kosmo

Untuk maklumkan semua, Farah Ann tidak berjaya ke pusingan akhir acara individu All Around dalam acara Gimnastik Artistik itu apabila dia sekadar meraih tempat ke-53 secara keseluruhan. Walaupun persembahannya nampak ‘sempurna’ dan mencuri tumpuan penyokong namun selepas mengharungi empat aparatus, mata keseluruhan yang diperoleh Farah Ann ialah 48.565 mata.

Sumber: Izara Aishah, Syaz.Mikraj, Harian Metro, Twitter

SKIP THIS AD ×