Siapa tak kenal dengan pelakon jelitawan, Maya Karin yang sering mendapat perhatian netizen. Walaupun pernah dikritik gara-gara memuat naik foto daging itik yang didakwa khinzir, pelakon ‘Pontianak Sundal Malam’ ini masih tetap dilihat tenang.
Terbaru, sekali lagi Maya Karin dikecam hebat netizen gara-gara memuat naik status di laman Twitter miliknya. Dalam tweet itu dia berkongsi pengalaman bertemu seorang pelajar sekolah rendah yang tidak pandai berbahasa Inggeris.
Adik umur berapa tahun?
Maya Karin cuba untuk berkomunikasi dengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dalam bahasa Inggeris, namun tidak mendapat respon. Hal ini menyebabkan pelakon itu berasa terkilan kerana soalannya dianggap cuma asas dalam Bahasa Inggeris.
Malah, pelakon itu turut menyeru nama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee agar berbuat sesuatu mengenai perkara ini sehingga mendapat pelbagai respon orang ramai.
Kena ajar untuk tidak malu
Kena ajar untuk tidak malu. Memang awal2 mungkin berterabur speaking another language tapi lama2 boleh bertutur dengan baik. Macam melayu saya. Ok tak saya tweet ni?
Tak pelik pun sebab bahasa utama Melayu
Persekitaran mereka berbeza
Sejak bila wajib untuk cakap bahasa luar?
Walau bagaimanapun, sesetengah netizen faham maksud yang ingin disampaikan oleh Maya Karin dimana mereka beranggapan ianya hanya asas Bahasa Inggeris yang perlu dipelajari oleh semua orang.
Hanya basic Bahasa Inggeris
Sumber : Maya Karin