Sejak akhir-akhir ini, di media sosial bertebaran percanggahan pendapat tentang sikap orang tua yang suka bertanya hal peribadi kepada golongan remaja terutama ketika di majlis kahwin.
Artikel Berkaitan: Elfira Loy Hamil Anak Kedua, Pilih Rahsiakan Usia Kandungan – ‘Setakat Ini Okay Tak Ada Mual Langsung’
Ada yang berpendapat mereka tidak selesa untuk menjawab pertanyaan daripada individu yang tidak dikenali rapat. Namun, segelintirnya pula menganggap itu sekadar borak kosong.
Tak kenal dah komen macam-macam
Pelakon Elfira Loy antara selebriti yang bersuara mengenai topik ini. Kata Elfira, 28, dia bersetuju dengan ciapan seorang pengguna di Twitter yang menegaskan untuk tidak membahas hal peribadi kepada individu yang baru dikenali ketika bertemu di majlis keramaian.
Pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata dia pernah menerima komen kurang senang mengenai putera sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf yang dikatakan seperti anak perempuan.
Ini adalah benar. Kadang-kadang saya rasa ini sebab kenapa remaja sekarang tak selesa bila ada orang tua. Sebab kadang tak kenal pun, duduk semeja pun tak. Dah komen macam-macam.
As simple as ‘eee nampak anak macam perempuan eh.’ Memang la tak terasa sangat tapi saya memang chow (gerak). Saya tak nak bercakap dengan awak lagi.
Kalau dah mesra, nak komen pape pun orang okey ja. Masuk kanan keluar kiri ja.
Elak tanya hal peribadi
Dalam tangkapan skrin (screeshot) yang dikongsikan di Instagram Stories, pelakon drama Tentang Bulan The Series memuat naik luahan pengguna yang dikenali dengan nama @drhasifi.
Terdahulu, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram @elfiraloy