Usahawan selebriti, Tya Arifin mendedahkan adik iparnya iaitu Aazief Khalid kini sedang berkawan dengan aktres jelita, Amelia Henderson.
Artikel Berkaitan: Tya Arifin Didakwa Nampak ‘Baby Bump’, Dibanjiri Ucapan Tahniah Bakal Timang Anak Ketiga?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Meninggalkan Negaraku, Melawan Stigma Negatif Ketika Bernikah Dengan Lelaki Dari Negara Seberang’ – Tya Arifin
‘Sedang berkawan’
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari, 29, bagaimanapun tidak mahu mengeluarkan kenyataan mewakili pihak Aazief mahupun Amelia.
Sebaliknya, meminta semua pihak bertanya sendiri kepada tuan badan.
Perkara itu tengah hangat dan menjadi gosip ketika ini. Melihat dari mata saya sendiri, mereka (Aazief dan Amelia) masih berkawan.
Tetapi kalau nak tahu lebih lanjut, mungkin boleh tanya tuan badan sendiri.
Tya memaklumkan mengenai perkara itu sewaktu melakukan sesi siaran langsung di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Terdahulu, timbul dakwaan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief sedang berkawan rapat dengan Amelia.
Dakwaan tersebut timbul selepas mereka berdua dilihat hadir bersama menyaksikan konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza yang berlangsung di Genting Highland, baru-baru ini.
Malah, Aazief dan Amelia dilihat duduk bersebelahan sewaktu menonton konsert berkenaan.