Pelakon dan usahawan, Tya Arifin mendedahkan pernah timbul perasaan takut untuk berjumpa dengan bapa mentuanya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sebelum mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Arifin Dedah Ibu Pernah Bantu Kawan Sehingga Tergadai Harta – ‘Itu Bukan Momen Zero, Tapi Momen Minus Untuk Keluarga Kami’
Artikel Berkaitan: ‘Banyak Betul Awek Sangkut Dengan Aliff’ – Asyraf Khalid
Takut jumpa Datuk K
Menurut Tya, perasaan tersebut timbul kerana merasakan ada aura yang luar biasa dalam diri Datuk Seri Khalid atau mesra dengan sapaan Datuk K.
Dulu sebelum saya kahwin, saya rasa takut nak jumpa dengan ayah (Datuk K). Aura dia itu memang lain betul. Kalau nak jumpa rasa segan.
Maksudnya dia orang yang sangat disegani. Saya juga respect dengan ayah, seorang yang manly father in law.
Tya berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Apa Cerita.
Dalam pada itu, Tya turut berkongsi peribadi Datuk K dan isteri yang juga penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika di rumah.
Katanya, peribadinya bapa dan ibu mentuannya itu sama sahaja seperti apa yang dilihat oleh orang ramai.
Bila saya masuk dalam keluarga ini, apa yang saya nak cakap bukan fasal glamour. Tetapi tentang personaliti. Ayah dan Mak Iti (panggilan Siti) sama sahaja macam apa yang orang lihat di luar.
Mak Iti seorang yang sangat baik hati. Dekat luar semua orang dia layan dengan baik. Dalam rumah pun sama, tak pernah marah. Jarang nampak tinggikan suara. Kalau marah pun dekat anak-anak je. Itu pun jarang.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, sejak dia menjadi sebahagian daripada keluarga suaminya, Asyraf Khalid, banyak perkara yang dipelajari.
Kalau macam keluarga saya sangat sederhana. Kalau macam keluarga Asyraf sangat teratur. Contoh macam kerusi makanan itu tiada nama siapa pun, tapi tahu kerusi itu siapa untuk duduk.
Kalau pergi makan dekat restoran pun sama, tahu kerusi itu siapa punya dan siapa yang akan duduk.
Itulah antara yang saya belajar dalam keluarga Asyraf. Keluarga Asyraf seminggu sekali akan berjumpa atau gathering.
Kalau dulu masa awal perkahwinan rasa macam ada buku atau kitab untuk mempelajari hidup bersama Asyraf dan keluarganya.
Sekadar info, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Sumber: TikTok